Tentang Harga Chip Tuning Motor
Pada masa sekarang, chip tuning merupakan salah satu cara tuning yang popular disebabkan harga chip tuning motor sudah menjadi lebih serderhana. Secara ringkasnya, chip tuning motor ialah salah satu cara untuk tukar mapping ecu motor supaya keupayaan enjin boleh ditingkatkan. Semasa chip tuning dijalankan, tuner akan mengubah mapping motorsikal. Apabila mapping yang lebih agresif dimasukkan, enjin akan beroperasi dengan timing baru. Kalau timing lebih baik, enjin boleh manjana kuasa yang lebih tinggi.
Chip tuning dan ecu remap ataupun dyno tuning mempunyai satu objektif yang sama. Kesemua cara tuning ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan enjin motorsikal. Tetapi cara tuning yang tidak sama memerlukan teknik, peralatan, chip dan masa tuning yang berbeza. Oleh itu, harga chip tuning motor juga berbeza apabila dibandingkan dengan cara tuning motor yang lain.
Kenapa buat chip tuning untuk motorsikal?
Motorsikal yang menggunakan factory setting ataupun stock mapping biasa tidak akan menjana kuasa penuh enjin. Hal ini kerana kilang motorsikal berharap motorsikal boleh digunakan untuk masa yang lebih panjang. Tambahan lagi, kilang motorsikal juga berharap motorsikal dijual kepada pengguna tidak memerlukan cara penjagaan yang lebih rumit. Oleh itu, kebanyakan kilang motorsikal akan menghadkan keupayaan enjin motorsikal.
Disebabkan hal demikian, motor chip tuning boleh membantu enjin motor untuk menjana kuasa melebihi had stock setting. Apabila motor chip tuning dilakukan, tuner akan masuk mapping yang ada had yang lebih tinggi.
Selain itu, motor chip tuning boleh mengubah tindak balas enjin. Dengan kata lain, enjin akan menjadi lebih responsive selepas chip tuning.
Pada masa yang sama, chip tuning juga akan meningkat ruang menukar gear. Hal ini kerana, torque motorsikal juga akan ditingkat selepas motor chip tuning dijalankan. Oleh itu, pemandu motor boleh mempunyai ruang rpm lebih lebar untuk menukar gear. Dengan itu, motor akan menjadi lebih senang dipandu.
Cara Manjalankan Servis Chip Tuning
Motor chip tuning boleh dijalankan dengan dua cara yang berbeza. Dalam cara pertama, tuner akan mengeluarkan chip daripada papan ECU. Selepas itu, tuner akan menjalankan tuning dengan menggunakan socket chip dan komputer. Biasanya, cara chip tuning ini dijalankan kerana kebanyakan stock ECU sudah dikunci secara digital. Oleh itu, tuner akan menggunakan cara ini untuk unlock stock ECU untuk melakukan kerja tuning. Apabila mapping baru dimasukkan ke dalam chip, chip akan dipasang balik ke dalam ECU.
Dalam cara kedua pula, tuner akan mematerikan connector board ataupun chip baru dengan stock ECU. Kemudiannya, tuner akan melakukan tuning melalui connector ataupun chip baru untuk mengubah mapping ECU.
Selapas kerja tuning dijalankan, tuner akan menguji keputusan tuning dengan menggunakan motor dyno mesin. Secara ringkasnya, chip tuning merupakan cara tuning yang lebih rumit. Oleh itu, kebanyakkan motorsikal baru akan dipasang dengan pigguback ataupun standalone ECU untuk membuat tuning.
Harga Chip Tuning Motor
Harga chip tuning motor di Kuala Lumpur dan area klang valley sudah menjadi lebih berpatutan. Hal ini kerana cara motor chip tuning sudah menjadi lebih matang dan sistematik. Disebabkan ini, harga chip tuning berada dalam lingkung RM100 ke 200 satu sesi.