Harga Dyno Motor Dan Servis Dyno Motorsikal Di Kuala Lumpur

Maklumat Tentang Harga Dyno Motor Di Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ini, harga dyno motor di Kuala Lumpur sudah berada di lingkungan harga yang berpatutan. Disebabkan ini, banyak pemilik motor telah menghantar motor mereka untuk menjalankan ujian dyno motor. Oleh itu, permintaan ujian dyno motor di Kuala Lumpur telah meningkat. Dengan ini, bengkel dyno motor boleh menjalankan lebih banyak ujian dyno motor setiap bulan. Apabila lebih banyak ujian dyno boleh dijalankan, bengkel dyno mempunyai lebih keuntungan untuk bayar kos operasi. Disebakan hal sedemikian, harga dyno motor di Kuala Lumpur telah menurun menjadi lebih berpatutan.

Cara Menjalankan Kerja Dyno Motor

Tuner akan menggunakan mesin dyno untuk menjalankan ujian dyno motorsikal. Apabila pemilik motor menghantar motor yang perlu dyno ke bengkel dyno, tuner akan meletak motor itu di atas mesin dyno.

Mesin dyno akan dipasang dengan komputer. Di dalam komputer, terdapat perisik yang akan menerima signal dan data yang dihantar daripada mesin dyno. Dengan itu, komputer akan menganalisis data dyno. Kemudian, komputer akan menjana report dyno motor. Dengan ini, monitor akan memaparkan keputusan dyno. Secara ringkasnya, kebanyak perisik dyno akan menunjuk graph horsepower dan torque secara realtime. Oleh itu, pemilik motor dan tuner boleh lihat skrin monitor untuk mengetahui horsepower dan torque enjin motorsikal.

Selepas ujian dyno dijalankan, tuner akan menggunakan perisik dyno motor untuk membuat satu report dyno secara lanjut. Kemudiannya, tuner akan menjelaskan report ujian dyno kepada pemilik motor. Pada masa yang sama, ujian dyno juga mungkin akan menunjuk masalah enjin motor kalau enjin ada masalah.

Kenapa buat ujian dyno Motorsikal?

Ujian dyno motorsikal boleh dijalankan untuk mengguji kuasa enjin motorsikal. Selain ini, ujian dyno boleh membantu tuner dan mekanik memeriksa keadaan enjin motorsikal. Hal ini kerana ujian dyno akan menjana graf “horsepower / torque vs rpm”. Apabila enjin motor beroperasi dengan pelik, data yang pelik akan ditunjuk di dalam graf dan report ujian dyno.

Secara ringkasnya, ujian dyno boleh memberi pemilik dan mekanik kuasa dan torque enjin motorsikal. Oleh itu, ujian dyno boleh dijalankan apabila motor mempunyai throttle body, intake valve, exhaust pipe dan ECU yang baru. Selain itu, pemilik motor boleh menghantar motor untuk buat ujian dyno apabila enjin porting telah dijalankan. Hal ini kerana throttle body, intake valve, exhaust dan porting yang baru akan menukar keupayaan enjin motorsikal. Disebabkan hal sedemikian, ujian dyno akan dijalankan untuk menguji keupayaan enjin yang baru.

Pada masa yang sama, tuner boleh membantu motorsikal membuat mapping yang baru kalau diminta oleh pemilik motor.

Harga Dyno Motor Di Kuala Lumpur

Sebagai maklumat rujukan, harga dyno motor bawah 150cc di Kuala Lumpur berada dalam lingkungan RM50 ke RM80 satu sesi.

Harga Dyno Motor Secara Kumpulan

Apabila kawan-kawan berharap untuk membuat ujian dyno motor sama-sama, harga ujian dyno secara kumpulan akan berada dalam lingkungan RM90 ke RM150 satu sesi. Biasanya, sesi ujian dyno secara kumpulan mengambil masa 45minit ke 1jam. Oleh itu, pakej ujian dyno secara kumpulan sesuai untuk kumpulan yang ada 2 ke 3 unit motor.

Leave A Comment