Harga Dyno Motor Di Kuala Lumpur

Harga Dyno Motor

Harga dyno motor di Kuala Lumpur tidak tinggi. Biasanya harga dyno motor berbeza disebabkan  masa dyno, cara setup dan servis tambahan yang berbeza. Oleh itu, pengguna motosikal yang berminat untuk dyno motosikal boleh menghubungi kedai dyno motosikal untuk dapatkan maklumat yang lanjut. Selain itu, pengguna motosikal juga boleh sembang dengan kawan ataupun geng yang pernah buat dyno motosikal untuk faham kebezaan pakej dyno motosikal di Kuala Lumpur.

Bengkel Dyno Motor Di Kuala Lumpur

Pengguna motosikal menghantar motor untuk buat motosikal dyno kerana dyno boleh menguji power engine motor. Disebabkan itu, pengguna motosikal boleh tahu horsepower dan torque motosikal mereka.

Motosikal dyno akan dijalankan dengan mengunakan mesin dyno. Apabila motosikal dihantar ke tempat dyno, motosikal akan diletak di atas mesin dyno itu. Roda motosikal pula akan diletak di atas roller mesin dyno. Pada masa yang sama, tuner akan sambungkan ecu motosikal dengan computer. Computer itu akan menerima maklumat dan data daripada mesin dyno. Dengan itu, computer boleh menganalisi data dyno dan memaparkan keputusan dyno di atas skrin. Oleh itu, tuner dan pemilik motosikal boleh meneliti keputusan horsepower dan torque di atas graf keputusan dyno.

Selepas proses dyno motor, tuner akan menerangkan keputusan dyno kepada pemilik motosikal. Dengan itu, pemilik motosikal boleh mengetahui horsepower dan torque yang boleh dijanakan oleh enjin motosikal. Selain itu, tuner juga boleh meneliti keadaan dan keupayaan ejin dengan menguji data-data dyno.

Kenapa Dyno Motosikal?

Motosikal dihantar untuk ujian dyno kerana pemilik berharap untuk mengetahui keupayaan enjin motor. Pada masa yang sama, ujian dyno motosikal boleh membantu mekanik memeriksa operasi enjin motosikal. Oleh itu, pemilik, tuner dan mekanik boleh tahu keadaan enjin motosikal. Selain itu, mekanik dan tuner boleh rujuk data ujian dyno untuk menjalankan kerja membaiki atau naik taraf motor.

Harga Dyno Motor Di Kuala Lumpur

Harga dyno motosikal di Kuala Lumpur berada dalam lingkungan RM50 – RM150 untuk motosikal bawah 200cc. Manakala motosikal yang lebih besar, harga dyno mungkin akan lebih tinggi.

Selain dyno motosikal, tuner juga boleh buat tuning dalam sesi yang sama. Harga dyno dan tuning motosikal biasa akan berada dalam lingkungan RM80 – RM180. Harga berbeza disebabkan tahap servis, kerumitan kerja, dan mapping yang dibekalkan adalah berbeza.

Oleh itu, pemilik dan peminat motosikal boleh menghubungi tuner dan kedai dyno untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Hal ini tuner dan kedai dyno motosikal yang berbeza akan memberi servis dan pakej yang berbeza.

Bila buat Motosikal Dyno?

Ujian dyno boleh dijalankan apabila pemilik motosikal berharap untuk memahami keupayaan motosikal mereka.

Dyno Motosikal digalakkan apabila motosikal dinaik taraf dengan Piggyback, standalone ecu, ezos, intake, throttle body atau performance parts yang baru. Selepas motosikal dinaik taraf, motosikal dan enjin akan beroperasi dengan combinasi yang berbeza. Oleh itu, ujian dyno motosikal boleh dijalankan untuk menguji keadaan motosikal. Selain itu, tuner juga boleh merujuk data ujian dyno untuk memberi cadangan kepada pemilik motor samada tuning atau remap perlu dijalankan.

Maklumat Rujukan

Dyno Motosikal ( bawah 200cc ) : RM50 – RM150/sesi

Dyno Dan Tuning ( bawah 200cc ) : RM80 – 180/ sesi

Leave A Comment