Harga Remap motor ECU Di Kuala Lumpur – Dari RM90

Remap Motor ECU

Pada masa sekarang, harga remap motor ECU adalah berbeza apabila model motor dan ECU ataupun Piggyback yang digunakan berbeza. Oleh itu, pemilik motor boleh menghubungi bengkel dyno motor untuk memahami pakej dan harga remap motor dengan lebih lanjut.

Remap motor ECU merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kuasa enjin motorsikal. Semasa kerja remap motor ECU dijalankan, tuner akan menukar atau tune mapping ECU motor. Apabila nilai mapping berada dalam lingkungan yang baik, enjin motor boleh menjana lebih banyak kuasa. Oleh itu, tuner akan cuba beberapa mapping semasa process remap motor dijalankan.

Cara Remap ECU

Tuner akan meneliti ECU ataupun piggyback yang dipasang di motor. Hal ini kerana ECU dan piggyback motor yang berbeza memerlukan mapping dan cara tuning yang berbeza.

Apabila jenis ECU atau Piggyback diketahui, tuner akan meletakkan motorsikal di atas mesin dyno. Pada masa yang sama, tuner akan memasang computer dengan ECU motor atau Piggyback controller.

Sebelum remap ECU motor, tuner akan menjalankan satu ujian motor dyno dulu. Dengan ini, tuner akan ketahui keupayaan enjin motor sebelum kerja remap motor dijalankan. Selepas itu, tuner akan memulakan kerja remap motor dan ecu map tuning. Apabila mapping yang baru dimasukkan ke dalam ECU atau Piggyback, tuner akan menjalankan ujian dyno motor. Hal ini kerana ujian dyno motor boleh memberitahu  keputusan dan keupayaan enjin motor selepas ECU remap. Apabila nilai mapping berada dalam lingkungan yang betul, enjin motor akan beroperasi dalam keadaan yang optimum.

Selepas mapping yang optimum dimasukkan ke dalam ECU ayau piggyback, tuner akan menjalan ujian motor dyno. Kemudiannya, tuner akan memberitahui pemilik motor tentang kuasa dan torque baru motorsikal. 

Kenapa Remap ECU boleh meningkatkan keupayaan enjin motor?

Remap motor ECU akan menukarkan mapping motorsikal. Kalau mapping yang bagus dimasukkan ke dalam ECU, enjin motor akan mendapat lebih banyak angin dan petrol. Dengan ini, kuasa enjin motor akan ditingakatkan.

Apabila kilang motor membuat mapping ECU, mapping kilang akan merendahkan kuasa dan torque enjin. Hal ini kerana mapping kilang bertujuan untuk menjaga keadaan enjin motor dan memastikan enjin motor boleh beroperasi dengan lebih lama. Oleh itu, tuner boleh memasukkan mapping yang baru untuk membantu enjin motor menjana kuasa yang sebenar.

Harga Remap Motor ECU

Harga remap motor ECU di bengkel Turbomax bermula dari RM90 satu sesi. Setiap piggyback ataupun standalone memerlukan mapping dan masa remap yang berbeza. Oleh itu, harga remap motor ECU di Kuala Lumpur ada perbezaan. Disebabkan hal demikian, sila menghubungi Turbomax dan memberitahui jenis ECU atau Piggyback motor untuk mendapat harga remap yang lebih lanjut.

Rumusan Ringkas Tentang Harga Remap Di Kuala Lumpur

Standard Piggyback Remap : Dari RM90 / sesi

** Setiap sesi mengambil masa 15 ke 30 minit.

Leave A Comment